Mengenai Kami

Ditubuhkan pada Januari 2018, Almeisan Tech Sdn Bhd kini berjaya merentas ke seluruh sempadan negara dengan sekitar 100,000 produk yang telah dimanfaatkan oleh para pengguna.

Berpandukan nilai-nilai dalam agama Islam sebagai mercu utama perniagaan, Almeisan Tech Sdn Bhd berpegang teguh dengan visi dan falsafah dalam evolusi perniagaan berasaskan keutuhan Islam untuk memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan. Kami bercita-cita untuk menjadi pengusaha produk berasaskan Muslim bertaraf antarabangsa di Malaysia.

Dalam jangka panjang, kami turut bercita-cita untuk bekerjasama dengan negara-negara majoriti Muslim yang lain untuk menyebarluas manfaat kami di samping merentas ke arena perniagaan Muslim yang dihormati oleh setiap lapisan masyarakat.

Maklumat Perhubungan

Hantar Mesej Kepada Kami